Pantun budi berkait

23 May 2007  
Kategori: pantun

3,162 views 2 ulasan

Penulisan2u

Teluk cempedak pantainya rata
Bergulung ombak datang bertunda
Bukan mudah mencari harta
Laut diharung, gunung dilanda

Bergulung ombak datang bertunda
Ombak berlalu pantai bertangga
Laut diharung gunung dilanda
Sentengah berkerja sepenuh tenaga

Ombak berlalu, pantai bertangga
Bertambah indah ketika senja
Setengah bekerja sepenuh tenaga
Setengah menipu, membelit sahaja

Bertambah indah ketika senja
Waktu membenam simatahari
Setengah bekerja membelit sahaja
Tidak mengenang budi diberi

Waktu membenam simatahari
Mambang merah datang menanda
Tidak mengenang budi diberi
Kerana budi zahirnya tiada

Mambang merah datang menanda
Malam beransur menyelubungi semesta
Kerana budi zahirnya tiada
Nilaian kurang bandingan harta

Malam beransur menyelubungi semesta
Bertukar cahaya bulan nan terang
Nilaian kurang, bandingan harta
Bukannya dapat pada sebarang

Bertukar cahaya bulan nan terang
Cahaya perak warna perada
Bukannya dapat pada sebarang
Kebanyakan orang harta tiada

Cahaya perak warna perada
Tampak berseri dari seberang
Kebanyakan orang harta tiada
Hidup menjadi hamba orang

Tampak berseri dari sebrang
Hanyut perahu tiada kemudi
Hidup menjadi hamba orang
Apatah lagi tiada berbudi

Hanyut perahu tiada kemudi
Dibawa alun ke seberang sana
Apatah lagi tiada berbudi
Dipandang hina barang kemana

Dibawa alun ke seberang sana
Diekor oleh sisikan raya
Dipandang hina barang ke mana
Orang benci tidak percaya

Diekor oleh siikan raya
Berkilat-kilat di sinar cahaya
Orang benci tidak pecaya
Mencari ikhtiar hidup mulia

Berlilat-kilat di sinar cahaya
Sahut menyahut siburung bayan
Mencari ikhtiar hidup mulia
Mestilah mencari harta kekayaan

Sahut menyahut siburung bayan
Terbang laju merentas desa
Mestilah mencari harta kekayaan
Kemudian hidup berbudi bahasa



Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Pantun budi berkait”
  1. amiey rul says:

    pandai kamu tulis puisi ni.saya suke puisi ni. :roll:

  2. adilya says:

    :grin: oi

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro