
Pantun : Satu Malaysia

Nukilan oleh : HAZ1992
Memikat di hati anggun si dara
Arjuna setia segak terperi
Taat berbakti bangun Negara
Bangsa Malaysia tegak berdiri
Puisi bahasa resam bergaya
Bertatap ilmu anggun seridewi
Variasi bangsa rencam budaya
Tetap bersatu idaman pertiwa
Kesumba bidara tautan taman
Di paya pulasan bertemu Rafflesia
Murba Negara watan ilmuan
Jaya wawasan satu Malaysia
Lemba tersisip di atas kekisi
Rumbia bertamu terus diperdu
Tiga prinsip teras bervisi
Malaysia bersatu hapus seteru
Sekata puspa membenih selasih
Cemara berjasa berdiri melati
Sengketa diterpa selisih disisih
Negara bangsa pasti terperi
Erat dedalu tepian sukma
Keladi dihutan tulis berpaksi
Rakyat didahulu capaian diutama
Jadi pegangan cetus inspirasi
Tangis serikandi berduka lara
Rindu adukaarjuna idaman
Kikis berdengki sengketa sengsara
Bersatu sebangsa bina impian
Mengerat syahdu menyusun irama
Bahgia meniti indah disanjung
Semangat berpadu himpun sesame
Malaysia dihati amanah dijunjung


















Wow… pantun awak memang sesuatu yang boleh disama tarafkan dengan seorang pemuisi yang hebat. Sekali lagi, WOW!!! Awak memang berbakat. Penggunaan bahasa yang jarang sekali diguna pakai oleh orang kebanyakkan. Cara awak mengintepratasikan sesuatu maksud dengan pembayang yang bersesuaian amat mengagumkan. Awak menyertai pertandingan menulis pantun, bukan? Semoga awak menjuarainya. Awak memang hebat dan awak telah membuatkan semangat saya berkobar-kobar untuk menulis supaya dapat mencapai taraf awak…. Berusahalah memartabatkan bahasa melayu!!!!
salam…mohon copy…sebagai koleksi pantun saya…mohon halal…
sebagai panduan penulisan pantun saya nanti…
terima kasih…
pantun yang sangat bagus…Tahniah!!!
salam 1malaysia….mohon share…satu rangkap sahaja…tq
saye cinte kn malaysie

pantun awk mmg best tntng malaysia lak tu…….

Tahniah awak dah tarik perhatian saya.. pantun awak memang sangat menarik..
kelakar la pantun ni…..hi hi and saya hendak mengucapkan selamat hari nata…..

saya nak pantun budi pekerti!