
Puisi : Kembara Alam
23 August 2010
Kategori: puisi
176 views Jom bagi ulasan

Nukilan oleh : idzadira
Ceritera lara ini
terus mengalir dalam sungai impian seorang budak
Menangguk…. Menerjah ke kiri, ke kanan
Namun apa yang dicari masih belum dipastikan
mendongak ke langit…..
Alangkah hebatnya sang burung
Khayal menerjah angin melihat damai desa
Namun terik mentari terlalu hampir di badannya.
Atau asyiknya….
menjadi si kakak tua yang hanya bertaut di dahan sepi
Mampu berceloteh walau tidak difahami
Sentiasa menarik perhatian sang algojo tenat
Namun jiwa terantai di tunggul bisu
Punyai sayap hanya hiasan
Apakah indah menjadi perenang hebat
bak ikan di alam luas sungai nan damai
Menongkah arus membelah alunan gelora
Ke celahan batu.. rimbunan dahan reput
indah deruan menguji setia perjalanan
Sesekali di ganggu desir pengail
alpa diri musnah jiwa dimamah kerakusan umpanan
Ah…. Lagi tenang dijelma Khalifah
syahdu irama bayu dapat dinikmati
alunan arus percikan air puas dirasa
panas mentari adalah anugerah
Sejuk air nikmat sejati

















