Puisi : Pengorbanan Seorang Isteri

2 August 2010  
Kategori: puisi

782 views 2 ulasan

Penulisan2u

Nukilan oleh : SALINA

Sayang…
Cintaku suci tulus kuhulur buatmu..
Tanpa kau sahut kebahagiaan menerjahku walaupun sekadar bergelar isterimu..
Dari mentari berganti bulan..
Dari putik berganti bunga…
Dari dingin berganti bahang…
Tanpa kau pinta aku tetap disisimu sayang..

Rindu…
Kala malam menghampiri..terasa diri ingin disayangi..
Tapi hampa..insan yang diharapkan hadir disisi..pergi menemui cinta hati..
Terasa duri bagai tertusuk dihempedu..
Digagahkan juga mengukir senyuman menutup pilu dihati..

Pasrah…
Rindu dan cinta tiada berbelah bahagi..
Aku rela melepaskan kau pergi..
Demi bahagia yang kau cari-cari..
Aduhai cinta
Aduhai kasih…
Selamat tinggal sayang..kini tibaku melangkah pergi..
Pergi bukan kerana benci..
Perginya aku menyahut seruan Ilahi..
Hanya satu yang mampu kuberi..cahaya mata penyemat kasih dihati..



Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Puisi : Pengorbanan Seorang Isteri”
  1. hana says:

    terasa puisi menyetuh hati… tersusun rapi..

  2. eina says:

    hanya yg melalui akan dapat memahami bait2 ayat puisi indah ini…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro