Puisi : Hati yang kau lukai

5 September 2010  
Kategori: puisi

1,310 views 3 ulasan

Penulisan2u

Nukilan oleh : awin faizny

saat hatiku kau lukai
senyumku hilang dalam kegelapan
tawaku hanyut dalam ombak yang menderas
kau noktahkah perhubungan kita
hubungan yang di bina atas nama cinta

kau robek hatiku semahumu
kau biarkan aku tenggelam dalam keperihan
cintaku kau persendakan
tanpa naluri ihsan kau pergi
tinggalkan aku sendirian

apakah selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan?
tapi mengapa dulu kau benarkan aku jatuh cinta padamu?
kau memang manusia tanpa hati
manusia tanpa perasaan
tidak sekalipun kau hargai cinta ini

kau leburkan sewenang-wenangnya
cinta setulus kasih suci
seharum bunga kasturi
seindah taman firdausi
sepiku kini tanpa hati
hancur sudah di saat kau pergi

andai ini yang kau mahu
andai ini jalan takdirku
segalanya ku terima
walau pahit ku telan jua
semoga berbahagialah kau selamanya
tanpa aku di sisi menemani



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Puisi : Hati yang kau lukai”
  1. grace emu says:

    terkenang ksah ku..

  2. Zie says:

    Sungguh sangat mewakili apa yg kini trjadi dlam hdup ku ini.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro