Puisi : luka di hati “NUR”

5 September 2010  
Kategori: puisi

492 views Jom bagi ulasan

Penulisan2u

Nukilan oleh : NUR

ku jalan ke depan ..
bayang menghampiri..
ku intai ke belakang silam menghantui..
resah mula bertandang di dalam hati..
ingin ku usir..bayang-bayang sendiri
kerana takut tersungkur lagi..
kerana cinta lelaki aku menangis
bertahun mencari penawar..
namun tak ku temu juga..

ku tabahkan lagi hati ini..
ku teruskan jua perjalanan ini
aku mencari..diri sendiri..
dalam tabah ku di uji lagi..
ku kumpul kekuatan untuk meneruskan

Ya Allah..
berikan aku kekuatan..
hingga kini aku mencari kesilapan diri..
aku di tinggalkan di saat aku menyandang gelaran isteri..
di tinggalkan insan bernama kekasih..
aku di tinggalkan tanpa sebarang penjelasan..

Ya Allah..
kurniakan kepadaku sedikit kekuatan..
agar diri ku tabah..
dalam doa aku berharap..
agar satu hari nanti ku temui..
apa yang ku cari..

dalam tenang..
hati NUR resah..
dalam cinta..
hati NUR terluka..
hingga kini NUR mencari
penawar di hati..

‘NUR’



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro