Puisi : Epilog perjalanan ini

22 November 2010  
Kategori: puisi

28 views Jom bagi ulasan

Penulisan2u

Nukilan oleh : Mohd Nur Asri Hamden

Kecil anak mata
tatkala merenung dan mengamat,
kitab-kitab ilmu yang tak terkira banyaknya,
perlu diselusur perlu diamat.

Pujangga lama pernah berpesan,
kalau mengaji biar sampai ke China,
tak usah dikira biar bertahan,
usia di Bumi takkan disia.

Ya!

Kalau dulu,
aku belajar untuk mengetahui
aku belajar untuk membuat
aku belajar untuk menjadi
aku belajar untuk hidup bersama.

Kini,
aku belajar untuk diuji
aku belajar untuk berdebat
aku belajar untuk diselidiki
aku belajar untuk berpura-pura.

Kini dan dulu
dulu dan kini,
bezanya tak boleh diburu
bezanya amatlah tinggi.

Perjalanan dulu
mengajarku erti belajar,
Perjalanan kini
tiada berakar
cuma mengajarku erti diuji.

K. Samarahan, 02 November 2010



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro