
Puisi : Lembah Remaja
3 November 2010
Kategori: puisi
172 views Jom bagi ulasan
Nukilan oleh : Wazrul Shah
Setiap detik
Menggugah sabar
Pengajaran tergali
Tatkala lembaran awan
Menembus sunggingan senyum
Pada lirikan yang usai pergi
Menjurus redha
rahmatullah
hakiki dunia
kunjungan firdausi
nyaman segar swargaloka
anugerahNYA
sepersi lembah remaja
berselingan semu
peloporlah lahar girang remaja
membingkis asyik dan girang
ilmu tegar dipangku
mencelempong minda sedar
buat hayat nan dinyawa
bekalan arus hidup
marcapada kelak
Lupuskan bosan,
suburkan perdu semangat,
sematkan dedaun azimat,
Buat mencetus inspirasi,
jentera kekuatan batin,
lewat halangan
Bertelingkah asa
semai kan indah
seibarat inderaloka dunia
lekang ungkapan bibir
mengkias hambar
kerana kejayaan itu
tidak hadir bergolek
hindari bisikan jahat
tuk tersungkup lubuk mara bahaya
agar aura muda terus damai
sementelah waktu nan dikecap
takkan mampu dijungkir balik
lembaran memori raut dara
Sekali dihayat langsung
Senafas usia kita
















